TOSHIBA WASHING MACHINE / DRYER WARRANTY

Toshiba Sales And Services Sdn. Bhd. (hereinafter known as TSS) makes the following limited warranties. These LIMITED WARRANTIES extend to the original purchaser (hereinafter known as the Purchaser) only and not to other purchaser or transferee.

  1. Warranty is only effectively if the Product is purchased, operated and use in Malaysia only.
  2. Purchaser or their authorised person is required to read the Owner's manual thoroughly before operating this Product.
  3. The warranty for the Product is for home use only and does not extend to commercial activities or use of the Product by the Purchaser or by their authorised person (if any).
  4. Warranty is null and void if the serial number or warranty seal appearing on the Product has been altered, tampered, defaced or removed.
  5. Warranty does not cover External Appearance Part which includes cabinet, handles, knobs and accessories against damages, scratches, abnormal wear and ageing.
  6. Warranty does not cover acts of God, lightning, natural disasters, pest attacks, external fires, negligence, accidents, improper installation, improper maintenance, unauthorised repair, abnormal voltage or use in violation of instructions manual furnished by Toshiba or TSS.
  7. TSS shall not be liable in any event for consequential loss whether incidental or accidental.
  8. TSS obligations and liabilities under or in relation to the warranty (including TSS's services for the Product) shall be limited to the cost of replacing the Product with the same or an equivalent Product or repair of the Product whichever is lower.
  9. Purchaser is required to furnish the original purchase receipt of the Product, this warranty card for standard warranty together with the E-Warranty Statement (if any) for additional warranty prior to making claims to TSS. In the event if the Product is used by another person other than the Purchaser, a letter of authorisation from the Purchaser giving permission to that person the authority to use the Product shall be required for submission to TSS during the warranty period.
  10. No person, dealer or company is authorized to change, modify or extend the terms of this warranty in any manner whatsoever.
  11. This Product is free from manufacturing defects in material or workmanship and if in the event that the Product should become defective, TSS warrant as herein below:-

A. LIMITED STANDARD WARRANTY FOR FULLY AUTOMATIC NON INVERTER/INVERTER, SEMI-AUTOMATIC WASHING MACHINE AND DRYER

TSS warrants that this Product and parts thereof (except for the "External Appearance Part" referred above) against manufacturing defects in material or workmanship for a period of TWO (2) YEARS from the date of original purchase by the Purchaser. During this period, TSS subject to Clause 9 above , shall repair the defective Product or parts without any charges for the Purchaser provided that the entire Product is delivered to the authorised dealer, whom the Product was purchased from or TSS nearest service centre.

B. LIMITED STANDARD WARRANTY FOR THE FULLY AUTOMATIC PRODUCT PANEL CONTROL BOARD (PCB)

(a)  TSS further warrants that this Product is free from manufacturing defects in material or workmanship from the date of original purchase for a period of THREE (3) YEARS for the fully automatic non-inverter Product and the fully automatic inverter SDD/DD Product;

wherein during the warranty period, TSS will repair or replace the damaged or ineffective PCB with a fully functional operative PCB without charge to the Purchaser (except for labour and transport charges which are excluded from the warranty).

(b)  The above warranty coverage in 11 B(a) is not applicable to semi —automatic Product purchased by the Purchaser.

C. LIMITED STANDARD WARRANTY FOR THE MOTOR OF THE PRODUCT

(a) TSS warrants that the Motor in this Product is free from manufacturing defects in material and workmanship from the date of original purchase from TSS authorised dealer for a period of :-

(i)  FIVE (5) YEARS for the fully automatic non-inverter washing machine;

(ii) TEN (10) YEARS for the fully automatic inverter S-DD/DD washing machine;

(iii) FIVE (5) YEARS for Dryer; and

(iv) FIVE (5) YEARS for the semi-automatic washing machine;

wherein during this period, should the Product fails to function efficiently due to the damage or ineffectiveness of the installed Motor, TSS will repair or replace the ineffective Motor with an effective functional operative Motor without any charges for the Purchaser PROVIDED THAT the entire Product is delivered to TSS Service Centre (labour and transport charges are however excluded in the warranty).

(b) Purchaser is entitled to only one free replacement for the Motor within the warranty period under this warranty. A grace period of three (3) months will be provided to determine the efficiency of the new Motor installed to the Product (if any).

(c) Should parts are no longer available, obsolete or no longer in production for the Motor or repair of such Motor, replacement will be made by TSS providing the Purchaser with a Product with similar features, capacity and efficiency function of the Product purchased by the Purchaser.

D. ADDITIONAL MOTOR WARRANTY COVERAGE

This additional coverage is only applicable for the selected automatic non-inverter/inverter washing machine Product purchased by the Purchaser wherein the Purchaser is entitled for an extended additional Motor warranty coverage for the Product PROVIDED THAT the Purchaser has register the same via online weblink: https://www.toshiba-lifestyle.com/my/product-registration  which entitles the Purchaser a further coverage as herein below:-

(i)   A further period of TWO (2) YEARS for the fully automatic non-inverter Washing Machine Product below 9kg capacity;

(ii)  A further period of SEVEN (7) YEARS for the fully automatic non-inverter Washing Machine Product above 9kg capacity;

(iii)  A further period of THREE (3) YEARS for the fully automatic inverter S-DD/DD Washing Machine Product;

(iv) This additional motor warranty coverage is a special promotion and is only valid for the Product purchased by the Purchaser from the date of 1st Jan 2022 to 31st December 2022.

MESIN PENCUCI / MESIN PENGERING TOSHIBA WARANTI

Toshiba Sales And Services Sdn. Bhd. (Selepas ini dirujuk sebagai "TSS") kini memberi waranti terhad. Waranti terhad ini adalah untuk pembeli asal (Selepas ini dirujuk sebagai "Pembeli") sahaja bagi Produk dan tidak terpakai kepada pembeli kedua mahupun penerima hakmilik yang selepasnya.

  1. Waranti ini hanya sah jika Produk ini dibeli dan digunakan di Malaysia sahaja.
  2. Pembeli atau pengguna yang dibenarkan menggunakan Produk tersebut oleh Pembeli dimestikan membaca buku panduan sepenuhnya sebelum menggunakan Produk tersebut.
  3. Waranti untuk Produk hanyalah terhad untuk penggunaan di rumah sahaja dan tidak meliputi penggunaan untuk komersial sekiranya digunakan Pembeli atau pengguna yang dibenarkannya (sekiranya ada).
  4. Waranti adalah dianggap terbatal sekiranya nombor sin atau cap waranti yang terdapat pada Produk telah diubah, hilang atau dipadamkan.
  5. Waranti ini tidak termasuk "Bahagian Fizikal Luaran" seperti kabinet, alat fungsi pegang, knob, aksesori tambahan daripada kerosakan, calar, luput dan pengkaratan.
  6. Waranti ini tidak melitupi kerosakan disebabkan oleh bencana alam, petir, serangga perosak, kebakaran luar, kecuaian, salah pemasangan, penjagaan Produk yang tidak betul, pembaikan yang dilakukan oleh orang yang tidak diktiraf, voltan luar biasa dan penggunaan yang melanggar arahan atau prosedur penggunaan melalui buku panduan yang diberikan oleh Toshiba atau TSS bagi Produk tersebut.
  7. TSS tidak akan bertanggungjawab atas sebarang ganti rugi sama ada disebabkan oleh kerosakan berpunca atau kemalangan.
  8. Tanggungjawab dan liabiliti TSS berkenaan waranti ini (termasuk servis penyelengaran Produk) adalah terhad untuk kos pengantian Produk dengan barangan yang sama atau membaik pulih Produk tersebut yang mana lebih rendah.
  9. Pembeli adalah dimestikan untuk menyerahkan resit belian asal Produk, kad waranti ini untuk waranti am bersama-sama dengan penyata E-Waranti (jika ada) bagi waranti tambahan sebelum membuat tuntutan kepada TSS.Sekiranya Produk digunakan oleh pihak ketiga yang dibenarkan Pembeli menggunakan Produk tersebut, satu surat kebenaran Pembeli mesti disertakan untuk diserahkan kepada TSS semasa di dalam jangkamasa waranti dibenarkan.
  10. Tiada sesiapa, agen perniagaan atau syarikat dibenarkan untuk mengubah, meminda atau menambah terma waranti bagi Produk ini dengan apa cars sekali pun.
  11. Produk ini adalah bebas daripada kerosakan pertukangan dan peralatan proses perkilangan dan sekiranya Produk mengalami kerosakan atau tidak berfungsi sebagaimana patutnya, TSS berjanji seperti di bawah ini:-

A. WARANTI AM TERHAD BAGI PRODUK MESIN PENCUCI AUTOMATIK PENUH ARUS BUKAN TERUS/ARUS TERUS, SEPARA AUTOMATIK DAN MESIN PENGERING

TSS menyatakan bahawa Produk dan mana-mana bahagian daripadanya (kecuali "Bahagian Fizikal Luaran" yang dirujuk di atas) adalah bebas daripada kecacatan pertukangan dan peralatan proses perkilangan bagi jangkamasa DUA (2)TAHUN daripada tarikh pembelian asal oleh Pembeli. Dalam jangkamasa ini, TSS tertakluk kepada Klausa 9 di atas, akan membaiki Produk atau bahagiannya yang rosak tanpa mengenakan sebarang caj ke atas Pembeli sekiranya Produk dikembalikan kepada wakil penjual yang sah di mana ianya dibeli atau pusat servis TSS yang berdekatan.

B. WARANTI AM TERHAD BAGI PANEL PAPAN ARAHAN (PANEL CONTROL BOARD) PRODUK AUTOMATIK PENUH

(a)  TSS selanjutnya menyatakan bahawa Produk ini adalah bebas daripada kecacatan peralatan dan pembuatan perkilangan daripada tarikh pembelian asal untuk jangkamasa TIGA (3)TAHUN bagi Produk Automatik Penuh Arus Bukan Terus dan Produk Automatik Arus Terus SDD/DD; yang mana di dalam tempoh jangkamasa tersebut, TSS akan membaiki atau menggantikan alat Panel Papan Arahan yang tidak berfungsi tanpa sebarang caj ke atas Pembeli (kos buruh dan pengangkutan adalah tidak termasuk di dalam waranti ini).

(b)  Perlindungan waranti di dalam Klausa 11B(a) adalah tidak terpakai bagi Produk Separa Automatik yang dibeli oleh Pembeli.

C. WARANTI AM TERHAD BAGI MOTOR PRODUK

(a) TSS selanjutnya menyatakan bahawa Motor di dalam Produk ini adalah bebas daripada kecacatan peralatan dan pembuatan perkilangan daripada tarikh pembelian asal daripada wakil penjual sah TSS bagi tempoh masa seperti di bawah:-

(i)  LIMA (5)TAHUN bagi Produk Mesin Pencuci Automatik Penuh Arus Bukan Terus;

(ii) SEPULUH (10)TAHUN bagi Produk Mesin Pencuci Automatik Arus Terus SDD/DD;

(iii) LIMA (5)TAHUN bagi Mesin Pengering; dan

(iv) LIMA (5)TAHUN bagi Produk Mesin Pencuci separa Automatik;

Yang mana di dalam jangkamasa tersebut, sekiranya Produk tidak berfungsi dengan baik disebabkan kerosakan Motor yang dipasangan, TSS akan membaiki atau menggantikan Motor yang tidak berfungsi tersebut dengan Motor baru yang baik tanpa sebarang caj dikenakan ke atas Pembeli SEKIRANYA Produk diserahkan kepada Pusat Servis TSS (kos buruh dan kos pengangkutan dikecualikan daripada waranti ini) .

(b) Pembeli adalah layak untuk mendapatkan sekali penggantian sahaja bagi Motor dalam tempoh jangkamasa waranti ini. Tempoh percubaan selama Tiga (3) Bulan diberikan untuk memastikan keberkesanan Motor yang baru yang telah dipasangkan di dalam Produk (sekiranya ada).

(c) Sekiranya peralatan gantian tidak ada, tidak wujud atau telah diberhentikan pengeluarannya kerja baik pulih Motor tersebut, TSS akan menggantikan Produk tersebut dengan memberikan Pembeli satu Produk yang mempunyai fungsi yang serupa,keupayaan dan keberkesanan sebagaimana yang dibeli oleh Pembeli.

D. WARANTI TAMBAHAN BAGI MOTOR DI DALAM PRODUK

Perlindungan tambahan bagi Motor ini adalah terpakai untuk Produk terpilih Mesin Pencuci Automatik Penuh Arus Bukan Terus/Arus Terus Produk mesin pencuci yang mana Pembeli adalah berkelayakan untuk mendapatkan waranti tambahan masa SEKIRANYA Pembeli telah mendaftarkan secara "online" untuk perlindungan tambahan tersebut melalui weblink:https://www.toshiba-lifestyle.com/my/product-registration  seperti di bawah:-

(i)   Lanjutan jangkamasa perlindungan selama DUA (2) TAHUN bagi Produk Mesin Pencuci Automatik Penuh Arus Bukan Terus bagi muatan bawah 9 kg;

(ii)  Lanjutan jangkamasa perlindungan selama TUJUH (7) TAHUN bagi Produk Mesin Pencuci Automatik Penuh Arus Bukan Terus muatan atas daripada 9 kg;

(iii)  Lanjutan jangkamasa perlindungan selama TIGA (3) TAHUN bagi Produk Mesin Pencuci Automatik Penuh Arus Terus S-DD/DD;

(iv)  Waranti perlindungan tambahan bagi alat motor ini adalah promosi khas dan terpakai bagi Produk yang dibeli oleh Pembeli daripada tarikh 1 haribulan Jan 2022 sehingga 31 haribulan Disember 2022 sahaja.

(interpretasi dalam Bahasa Inggeris dijadikan rujukan)